Thursday, September 12, 2013

Masalah hidup

Masalah. Biasa dengar. Biasa lihat. Biasa alami. Masing-masing mengalami pelbagai masalah. Masalah yang berbeza-beza. Ada yang mengatakan masalah dia macam ni. Ada yang kata "Ya, masalah aku sama macam dia" . Topik besar masalah itu memang sama. Tapi jalan penceritaannya berbeza. Walaupun sedikit perbezaannya. Tetap tak sama sebenarnya. Tapi satu masalah yang selalu diluahkan dan dikatakan. Masalah keluarga. Lagi-lagi bila budak remaja yang meluahkan masalah dia. Biasalah darah panas. Memberontak.

Bila dengar masalah kawan-kawan aku. Kebanyakkannya masalah keluarga. Ada yang meluahkan dengan penuh emosi. Ada yang meluahkan apa yang terpendam. Tapi tak mengapa. Dia meluahkan masalah dia untuk menenangkan perasaan dia. Yang jadi pendengar masalah bagilah dia motivasi. Nasihatkan dia. Tegur dia cara baik, cara lembut. Orang yang ada masalah keluarga ni lain. Hati sensetif. Jiwa tak menentu. Emosi kelam-kabut. Lepas dengar satu-satu masalah. Aku pun terfikir, aku pun ada masalah. Cuma aku diam, aku pendam. Aku taknak cerita. Aku fikir masalah aku lagi besar daripada kawan-kawan. Tapi kawan-kawan akan fikir masalah dia paling besar. Banyak dah aku pendam. Banyak dah aku simpan. Aku taknak luahkan dekat kawan-kawan sebab aku taknak aku menangis. Benda tu yang paling aku elakkan. Aku akan fikir dua tiga kali untuk ceritakan masalah aku. Sebab aku tahu, tak semua orang akan faham masalah yang kita alami. Mereka tahu topik besar masalah kita. Tapi dia tidak tahu jalan penceritaannya.Ya. Aku percaya Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Walaupun masalah itu dapat diselesaikan dengan baiknya, Tapi bila hati dah kecewa, bila hati dah terguris, bila dah hilang kepercayaan, susah untuk dibaikkan kembali seperti dulu. Susah, mungkin makan masa yang lama untuk pulih kembali hati yang terguris.

Jadi, sepanjang kita hidup, selagi nadi masih berdenyut, selagai bernafas, selagi jantung berfungsi, percayalah. Kita tak akan terlepas daripada masalah. Bila satu masalah dah selesai, kita akan datang masalah yang lain. Anggap sajalah masalah itu dugaan untuk menghadapi liku-liku kehidupan. Dugaan yang diberi oleh yang Maha Esa.

p/s: masalah itu sebenarnya mematangkan kita. Untuk berfikir bagaimana untuk menyelesaikannya.

No comments:

Post a Comment