Thursday, September 26, 2013

Jauh dilubuk hati.

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Sekian lama aku menyepi. Banyak dugaan, halangan, cabaran, yang aku hadapi sekarang. Semua kerana manusia. Manusia yang pelbagai kerenah, perangai, sikap. Pelbagai. Lagi-lagi dalam hubungan persahabatan. Aku tahu, aku tak boleh samakan seseorang untuk sama dengan sikap, kerenah, dan perangai aku. Tak boleh sama sekali. Aku tahu semua. Tapi aku cuma terasa hati dengan orang sekeliling aku. Lagi-lagi manusia yang bergelar kawan. Cuma aku mampu pendam. Pendam untuk sekian lamanya. Sehingga pendam itu luput. Luput dari lubuk hati.Aku cuma nak bagitahu, aku bukan lah orang yang kau pandang pada luarannya. Luaran aku tak sama dengan dalaman aku. Aku tak akan tunjuk dalaman aku yang sebenar. Sebab aku tahu, tak akan ada yang faham apa yang aku nak sampaikan, apa yang aku nak katakan, apa yang aku nak lakukkan. Sebab aku tahu, semua manusia mempunyai pendirian sendiri. Pendirian yang tetap. Kau macam ni. Aku macam ni. Jenis aku, orang sakitkan hati aku, orang gurau kasar dengan aku. aku ambil kesah tak kesah. Dan aku akan ambil kesah bila point tu melibatkan sesuatu yang aku tak boleh terima dari sudut hati aku. Jiwa aku jiwa sensetif. Tapi sensetif aku lebih kepada pendam. Hanya kerana satu. Aku nak elakkan orang berkecil hati dengan bahasa lancang aku bila aku sendiri tak dapat mengawal emosi. Aku taknak benda tu terjadi. Dan aku akan elak seboleh-bolehnya.Bila aku tak dapat bersabar, aku cuba untuk berfikir dua tiga kali untuk berkata-kata. Sebab aku tahu Pasti ada yang terguris walaupun mereka tak kata, walaupun mereka tak tunjuk. Aku mengalah dan berdiam untuk kebaikan situasi. Aku susah untuk menangis bila aku terasa hati. Mungkin bila emosi aku sudah tahap kemuncak. Aku berharap, jika seorang manusia mampu membaca apa yang aku fikirkan, aku mohon. Motivasikan aku dengan memberi aku kekuatan semangat. Aku bertahan hanya untuk menjaga hati manusia. Manusia yang kadang-kalanya bermuka-muka. Yang itu paling sakit. Dan paling sakit bila ada yang jadi batu api. Sasdis aku katakan. Satu perkara lagi, aku tak suka mengaibkan orang, aku tak suka menjatuhkan maruah orang. Tapi aku mohon, jagalah aibku, jagalah maruahku, yang aku sendiri tidak sedarkannya. Sakit aku rasa bila orang memperjudikan maruah sendiri kerana bangga menyebarkan keaiban. Jika bijak pandai mengetahui apa yang ada dalam isi hati manusia. Mohon rahsiakan, untuk menjaga segala kekacauan dan jangan memperolokkan. Anggap sahajalah apa kita rasa bila orang mengaibkan kita, menjatuhkan maruah kita. Apa yang kita buat jahat pada orang, benda itu akan berbalik kepada diri sendiri. Tidak sekarang, satu hari nanti. Fikir sejenak untuk pendoman. Jangan mempergunakan ilmu yang ada untuk membuat orang lain tersungkur. Kita sama-sama menjaga. Aku hanya minta satu, supaya Allah memberikan aku kekuatan kesabaran. Aku tahu dugaan-dugaan yang DIA berikan untuk mematangkan aku dalam kehidupan. Untuk mengajar aku erti pahit manis kehidupan.

Aku suka,
Semua tahu.
Aku terluka,
Tidak siapa yang tahu.

Aku pendam,
Jauh dilubuk hati.
Tidak ada dendam.
Supaya aku berjaga hati.

Aku mohon,
hati aku bukanlah barang permainan .
Sesuka hati diperolokkan.
Tersiksa atas segala kekacauan.
Yang kau lakukan.


No comments:

Post a Comment