Tuesday, September 10, 2013

Menulis aku meluahkan segalanya

Menulis itu cara aku memberitahu.
Menulis itu cara aku memahami erti.
Menulis dan diri sudah sebati.
Malah dengan menulis,
Aku meluahkan isi hati.
Agar satu hari nanti aku tidak mati oleh sebuah kematian.
Tulisan tinggal sebagai rakaman.
Rakaman tentang kehidupan.
Kehidupan yang menjadi cermin untuk setiap pembaca mencari diri.

Supaya setiap bait kata aku,
ada yang memahami erti tersiratnya.
Supaya setiap bait kata aku,
ada yang mengajar erti kehidupan.
Supaya setiap bait kata aku,
ada yang memahami pendirian manusia yang berbeza.

Jangan dihina setiap pandangan aku,
malah dengan orang lain.
Jauhkan dari penghinaan itu.
Kerana kau tidak mengalami situasi yang dihadapi si penulis.
Kau tidak tahu pahit manis penceritaan si penulis.
Anggap sahaja itu luahan yang dia tinggalkan untuk si pembaca.
Yang menceritakan kehidupan tidak lah mudah seperti yang kau sangkakan.



No comments:

Post a Comment