Wednesday, August 14, 2013

Berhati-hati dengan HATI

Hati. Semua manusia mempunyai hati. Hati yang pelbagai perasaan. Pelbagai jiwa. Hati suka, hati sayang, hati marah, hati dendam, hati cemburu, hati dengki, dan pelbagai lagi bila disoalkan tentang hati. Kali ini aku update tentang hati bukanlah kerana aku putus cinta atau telah jatuh cinta. Tapi aku cerita tentang hati kerana seorang sahabat aku yang jatuh hati, tetapi berasa sakit hati. Hati bila suka, lain. Bila sayang, lain. Bila marah, lain. Bila benci, lain. Bukan apa. Soal hati susah untuk dimanipulasikan atau dispesifikasikan. Hati bila dah sayang, rasa bahagia, rasa tenang, rasa teruja. Tapi bila disakiti, kenapa terlalu sakit ? kenapa terlalu perit ? kenapa terlalu galau ? Kenapa itu yang selalu dipersoalkan. Sebenarnya "kenapa" itu semua ada jawapan pada diri sendiri. Pucuk pangkal semua pada diri kita sendiri. Aku bahagia bila sahabat aku senyum dan bercerita tentang orang yang dia suka. Tapi aku sedih bila sahabat aku sedih dan menangis kerana orang yang dia suka. Sakit dia , perit dia, aku juga boleh rasa. Sebab hati dia hati perempuan. Aku juga hati perempuan. Macam mana rasa dia suka teruja, sakit, aku boleh tahu.

Jadi, aku sarankan untuk sahabat aku ni. Bila suka, bila sayang mohon jaga hati dan perasaan sendiri. Jangan terlalu jaga hati orang yang kita suka semata-mata kerana sukanya kita pada dia. Mohon kawal emosi, kawal perasaan sayang. Jangan terlalu suka, jangan terlalu sayang, jangan terlalu berjanji dan yang paling penting jangan terlalu berharap. Harapan itu kadang-kadang terbuku dan terkubur. Hati perempuan dengan lelaki lain. Jiwa lelaki dengan perempuan lain. Pendapat perempuan dengan lelaki lain. Selalu bercanggah bila menyuarakan pendapat. Perempuan jiwa lebih sensetif, lebih berfikiran jauh ke hadapan berbanding lelaki. Lelaki pula matang dalam membuat keputusan berbanding perempuan. Perempuan suka berkata ayat tersirat. Lelaki suka berkata ayat tersurat. Perempuan kadang-kala tidak jujur, tidak jujur kerana perempuan lebih tersirat hatinya berbanding lelaki yang selalu jujur dengan apa yang tersurat.

Bila kita disakiti, jangan give up. Jangan tunjukkan kecewa kita pada si dia. Tunjukkan yang kita boleh tersenyum walaupun disakiti. Sebelum itu, cari lah mana-mana kenalan yang rapat dan boleh dipercayai untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati. Menangislah sepuasnya. Jangan dipendam. Percayalah, bila diluahkan segalanya , hati yang sakit itu pasti akan berasa tenang. Berasa puas. Berasa lega. Ada benda kita boleh bercerita, ada benda kita tak boleh bercerita. Ada kala kita boleh berdiam. Ada kala kita perlu menyuarakan. Semuanya bergantung pada akal,iman, hati dan diri sendiri. Ingat, mungkin kita dikecewakan hari ini kerana bukan dia yang sesuai untuk kita. Mungkin juga untuk ujian kita mengenali pelbagai hati lelaki. Cuba ambil semua yang berlaku adalah positif untuk diri kita sendiri. Jangan ambil sebagai negetif. In shaa Allah. Semua dipermudahkan.

Pesanan aku untuk sahabat aku, berhati-hatilah dalam mengenali hati seseorang.

No comments:

Post a Comment