Friday, February 17, 2012

KENAPA WANITA MENANGIS ?

Assalam . Selamat sejahtera semuanya ^^ . Kenapa tetibe entry aku kali ni bertajuk " KENAPA WANITA MENANGIS " ? Haaaah, ni semua gara-gara insan yang bernama lelaki ke yang membuat WANITA menangis?! Oh , tidak semestinya ! itu jawapan lelaki . Hee ^^ , Kan ? kan ? aku dah agak daah . Wanita menangis kerana berbagai situasi yang dia hadapi . Yang selalu korang dengar wanita atau gadis atau perempuan menangis sebab putus cinta , sebab pakwenye curang lah , ape lagi ape lagi ? macam-macam lah kan ? Jadi, kat entry ni aku nak senaraikan seberapa banyak yang aku tau kenapa wanita menangis .

1. MENANGIS KERANA ALLAH

Seperti sedia kala yang korang tau , hati wanita ni kan lembut, SENSETIF, cepat terasa, cepat berasa bersalah, cepat tersentuh dan sebagainya lah kan. .  Menangis kerana Allah ni dah jadi perlakuan seharian kita apabila kita sedang berdoa , menghayati setiap lenggokan irama orang mengaji al-quran . Itu bagi orang yang betul-betul menghayati bacaan al-quran seseorang itu dah komfem-komfem menangis . Tipulah korang tak pernah menangis kerana Allah kan . Menangis kerana Allah ni mulia tau , sekurang-kurangnya kita masih takut akan kekuasaanNYA, masih mengharapkan hidayah dariNYA. Lelaki pun mesti lah pernah menangis kerana Allah jugak kan . Bukan perempuan sahaja . Pernahlah kan aku pergi masjid kat bahagian Perak, aku tak ingat nama masjidnya apa . Adalah seseorang insan ni , lepas dia usai sembahyang . Dia menadah tangan sambil menangis-nangis dengan iringi doanya sendiri . Aku time tu jauh sikit dari orang tu . Aku hanya memerhati sahajalah . Bersungguh-sungguh orang tu berdoa . Aku rase sebak tengok orang tu . Tanpa disedari pun air mata aku mengalir tengok orang tu menangis , . Dari situ aku lebih faham kenapa Allah berikan kita sekeping hati , sebuah perasaan , sebab Allah nak kita hargai dan rasa keindahan dan keistimewaan yang telah dia berikan kepada kita . Dan sebab itu jugak lah perempuan ni mudah menangis . Sebab perempuan lebih menghayati perasaan yang lebih mendalam berbanding lelaki . 

2. MENANGIS KERANA IBU BAPA

Haaahhh. Menangis kerana ibu bapa ni aku rasa semua orang pernah menangis kerana ibu bapa . Aku pun penah jugak ^^ . Korang rasa antara lelaki dan perempuan mana yang lebih kerap menangis kerana ibu bapa? Bagi aku perempuan, sebab perempuan ni selalu fikirkan perasaan ibu bapa dia , selalu risaukan keadaan ibu bapa dia, dan paling takut kalau ibu bapa kecewa . Aku bukan nak cakap lelaki ni tak penah pikir perasaan ibu baoa , tapi jarang nak jumpa lelaki menangis kerana ibu bapa pada masa kini . Itu maksud aku, jangan marah eh insan yang bernama lelaki ^^ .  Kalau korang perasaan kita jarang nak tengok seorang ayah menangis kan ? Kita akan tengok dia menangis bila dia kehilangan seseorang yang dia sayangi . Ini menandakan hati lelaki ni kental , kuat . Sukar untuk mengalirkan air matanya kerana bagi lelaki air mata dia hanya untuk orang yang dia sayangi dan untuk Allah . Tak macam perempuan , menangis kerana berbagai perkara. ^^

3. MENANGIS KERANA KAWAN

Korang pernah menangis kerana kawan ? Mestilah penah kan ? Ke tak penah ? Hah, baik jujur cepat . Heheh. Menangis kerana kawan ni perkara biasa lah kan . Lelaki payah sikit nak tengok dia orang menangis sebab kawan dia . Perempuan jeh yang selalu menangis kerana kawan . Aku pun penah jugak menangis kerana kawan :'( .  Ape sebab perempuan menangis kerana kawan ? kalau korang nak tau , perempuan menangis kerana kawan ni sebab terasa dengan kawan lah, tersinggung dengan gurauan kawanlah, menangis sebab kebaikan seorang kawan pun ada . Korang tak percaya ? Betul , mungkin terjadi kat sekeliling korang atau diri korang sendiri . Masa kita naik , kawan itu jugak lah yang membantu kita untuk terus naik lagi, bila kita jatuh kawan itu jugak lah yang berikan bahu dia untuk kita menangis . Itu lah namanya SAHABAT . dia sentiasa berada di sisi kita . Aku jugak pernah menangis sebab kebaikan seorang kawan . Atara banyak-2 kawan yang aku ada , Azrina Adila(Abby) lah kawan yang baik untuk aku . Dia lah yang selalu ada di saat kawan-2nya sedih atau pun gembira. Aku memang respect dengan dia . Dialah kawan aku yang terbaik . Dia sahaja yang memahami aku . Eh , ni dah lari tajuk dah ni . Hee . so lelaki jangan pelik kalau tengok perempuan menangis sebab kawan ok ^^

4.MENANGIS KERANA RUPA

Korang pernah ke dengar ada orang menangis kerana rupa ? Yang ni korang kena percaya . Memang ada orang menangis kerana rupa . Orang yang menangis kerana rupa dia hodohnya ni tak patut menangis ! Kita kena bersyukur dengan apa yang telah Allah ciptakan untuk kita . Situasi ni perempuan yang selalu hadapi . Bila tengok cermin muka mesti nak fikir kenapa aku tak secantik dia . Kita tak boleh macam tu . Ada hikmah kenapa Allah ciptakan rupa kita seperti itu . Setiap ciptaan Allah ada keistimewaan tersendiri . Yang menangis kerana rupa dia mesti tak nampak keistimewaan yang telah Allah berikan . Lepas ni carik balik dalam diri, apa keistimewaan yang telah Allah berikan . Kira bersyukur lah Allah cipta kita sepasang mata , hidung , mulut, terlinga , kening , rambut, tangan, kaki, badan yang sempurna . Walaupun kita ni tak sempurna tapi kita kena fikir jugak ada lagi yang tak sempurna daripada kita . JANGAN DENGKI dengan kecantikan orang , Allah cantikkan rupa dia ada sebabnya . Mungkin Allah nak menguji iman orang tu . Kita mana tahu kehendak Allah , kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan . Dan dan dan , jangan nak gatal tangan pegi upah doktor ubah wajah korang tu , kalau ada yang terniat macam tu bertaubat lah . berdosa tau tak ubah ciptaan Allah . Lepas tu , kalau Allah dah bagi rupa kita yang cantik , kita JANGAN BANGGA ! jangan riak dengan kecantikkan yang telah Allah berikan . Nanti Allah murka , Allah rentap kecantikkan yang korang ada macam mana ? Jadi, kita kena bersyukur , bersyukur dengan apa yang ada . Jangan nak dengki mendengki , jangan nak terlalu kejar kan populariti . Kalau orang ada cakap kita cantik kita jawab " syukur Alhamdulillah / terima kasih " kalau ada orang cakap kita hodoh kita jawab " syukur Alhamdulillah, / terima kasih ". Orang yang sabar akan terima habuan sendiri , orang yang tak sabar pun akan terima habuan sendiri :)

Fuhhhh , aku rasa cukup lah ni kot . Hehehe , banyak lagi benda perempuan menangis . Tapi tak kuat jari aku nak menaip . Ni pun dah lenguh lenguh . Jadi, apa yang aku tulis kat atas tu tidak ada niat nak menghina atau memerli sesiapa pun . Kat atas tu pun ada kaitan dengan diri aku sendiri . :)

2 comments:

  1. Alhamdulillah kerana menagis pd 3 perkara di atas..moga kita terus mensyukuri apa yg telah dikurniakanNya dan jangan sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberi komen .moga dgn kehendakNya

    ReplyDelete