Tuesday, March 3, 2015

Apa kau nak Allah bagi. Tapi dengan syarat.....

Pernah kau rasa apa yang kau nak selalunya tak dapat ?
Kau nak berjaya,
Nak keputusan cemerlang,
Nak dapat dean list dalam kolej korang,
Tapi tak pernah dapat.
Semua orang pernah rasa.
Caranya mudah.
Kau minta dekat Allah.
Minta dalam doa.
Allah mesti bagi apa yang kau nak.
Mesti dia bagi punya.

Tapi dengan syarat..
Syaratnya, *gantikan "kau" kepada "aku"
Pertama,
Kau mesti kena jaga solat.
Sebab apa ?
Sebab jaga solat adalah doa yang paling makbul.

Kedua,
Betulkan niat.
Kau nak kan sesuatu benda tu untuk apa?
Untuk kebaikan diri atau sebaliknya?
Contohnya "Aku nak dapat dekan untuk sem kali ni!".
Tetapkan niat,
Aku nak dekan untuk mencari ilmu Allah,
Aku nak dekan untuk membanggakan mak ayah,
Aku nak dekan untuk masa depan aku.
InshaaAllah,
Allah akan bagi dengan apa kau minta dengan syarat kau ikut syarat pertama.
Tapi Allah tak kan bagi kalau kau sekadar berdoa tapi tak berusaha.
Allah akan bagi bila kau buat satu benda iaitu USAHA.
Usaha mencari dimana ilmu itu.
Baru Allah akan bagi.

Ketiga,
Percaya rezeki Allah.
Kau dah jaga solat,
Kau dah betulkan niat,
Kau dah usaha,
Tapi kau tak dapat juga apa yang kau nak.
Kau lupa satu benda.
Kau kena percaya rezeki Allah dengan apa yang buat selama ni.
Kalau kau percaya rezeki Allah,
InshaaAllah,
Berganda Allah bagi kau rezeki.
Rezeki ni terbahagi banyak aspek.
Rezeki makan, fizikal, mental, harta, maruah dll.

Keempat,
Jaga percakapan dan tingkah laku.
Kau selalu rasa orang tak sayangkan kau?
Kau selalu rasa ramai musuh?
Punca semua dari percakapan atau tingkah laku kau sendiri.
Mungkin sebab tu juga kau tak dapat apa yang kau nak lepas 4 syarat kat atas tu kau dah buat.
Allah masih menangguhkan permintaan kau sebab kau tak jaga percakapan.
Maksud jaga percakapan ni sama seperti kita menjaga adab.
Adab sesama manusia.
Dengan manusia yang Allah cipta tu pun kau tak ada adab,
Ni kau nak minta minta dekat Allah supaya makbulkan apa yang kau nak?
Jangan harap.

Kelima,
Hormati kedua ibu bapa.
Kau rasa diri kau pandai,
Dalam exam biasa kau dapat keputusan gempak gempak,
Tapi bila exam besar kau dapat result cikai cikai,
Punca kau ada buat mak ayah kau terasa hati,
Mungkin kau tak jaga hati mereka,
Sebab tu Allah tak bagi kau result yang gempak.

______________________________________________________________

Sekarang kau nampak semuanya?
Pernah kau terfikir sebelum ni?
Pernah kau selidik sendiri?
Harap kau sendiri faham.

No comments:

Post a Comment