Thursday, February 26, 2015

Mata Mengetahui Segalanya

Ada pada mata yang kita tidak faham
Mata diberi untuk melihat
Dalam kita melihat adakah kita memerhati?
Dalam kita melihat adakah kita menilai?
Mata mengetahui segalanya
Dia yang melihat segala kejadian
Melalui mata kita akan mengingati setiap detik yang berlaku

Tetapi adakah kita pergunakan mata dengan sebaik?
Dalam kita melihat adakah kita mengambil segala iktibar?
Tanya pada diri
Mata kita digunakan untuk apa dalam kehidupan?
Adakah kita gunakan mata untuk melihat kejahatan?
Atau kebaikan ?

Aku mudah saja
Aku gunakan mata aku untuk melihat segalanya
Dalam aku melihat aku menilai
Menilai mana yang berguna untuk aku dan mana yang tidak
Pada yang memberi aku pengajaran kebaikan aku simpan baik baik
Pada yang memberi aku pengajaran keburukan aku simpan sebagai peringatan diri

Mata aku lebih banyak melihat gelagat manusia
Dalam aku melihat
Aku selitkan persoalan pada diri
Kenapa dia macam tu dan macam ni

Dan aku cuba terapkan pada diri
Dengan segala yang apa aku lihat itu adalah kebaikan untuk aku
Kejahatan yang aku lihat sebagai pengajaran aku supaya aku lebih waspada
Dengan kehidupan

Bukan mudah untuk mempergunakan mata dengan sebaiknya
Ramai yang mempergunakan kelebihan mata ke arah yang lain

Untuk mendapat mata yang sihat
Banyakkan lah kita melihat ayat suci Al-Quran
Setelah kita melihat Allah akan gerakkan hati kita sendiri
Untuk kita membacanya

Mungkin ramai yang tidak mengetahui
Al-Quran itu amat berguna yang tidak terkata dalam kehidupan
Apabila mata melihat ayat suci Al-Quran
Maka apabila kita disana dia akan menyelamatkan diri kita
Dan mata akan berkata
"Semasa dia hidup mata ini dia gunakan untuk membaca Al-Quran"

Hadis Rasulullah SAW bersabda:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

No comments:

Post a Comment