Tuesday, August 6, 2013

Hapusnya Kegagalan Datangnya Kejayaan

Kegagalan,
Dahulunya kegagalan yang mendampingi aku,
Dahulunya kegagalan yang mengikuti aku,
Dahulunya kegagalan yang menghantui aku.

Kenapa kegagalan sentiasa mengiringi aku ?
Aku berfikir sejenak.
Apa aku memang dilahirkan untuk gagal?
Apa aku memang ditetapkan kehidupan dengan kegagalan?
Apa aku memang berketurunan gagal?
Apa aku memang malas untuk berusaha ?
Apa aku memang degil untuk mencari cahaya ilmu ?
Aku mengajukan pelbagai soalan kepada diri aku.
Dulunya aku mengajukan pelbagai soalan kepada ramai orang.
Kerana kebodohan dan kegagalan aku.

Tapi kini,
Aku yang mengajukan soalan kepada diri aku.
Aku mencari jawabannya.
Aku berfikir sehingga aku menemukan punca kegagalan aku.
Satu persatu jawabannya terungkai.
Satu persatu sebabnya terjelas.

Ya.
Aku tahu kenapa kegagalan sering mendampingi aku,
Sering mengikuti aku,
Sering menghantui aku.
Aku tahu jawabannya.
Bukan kerana aku dilahirkan untuk kegagalan.
Bukan kerana aku ditetapkan kehidupan dengan kegagalan.
Bukan kerana aku berketurunan gagal.
Bukan ! Bukan ! Bukan !

Kini,
Aku singkapkan segalanya yang terbuku.
Aku nyatakan apa yang tersurat.
Aku sampaikan apa yang tersirat.
Kegagalan itu datangnya pada diri.
Aku jadi gagal kerana diri.
Aku jadi bodoh kerana diri.
Aku jadi lampi kerana diri.
Punca musabanya semua datang pada diri.

Kerana aku malas berusaha.
Kerana aku degil.
Kerana aku pentingkan diri.
Kerana aku sombong.
Kerana aku keras hati.
Kerana aku lupa pada Ilahi.
Kerana aku lah kegagalan mengikuti.
Semua kerana diri.

Setelah aku gali satu persatunya jawaban.
Aku nekad tekad.
Sampai bila aku biarkan hidup dihantui kegagalan ?
Sampai bila aku menjunamkan lagi kehidupan aku ?
Jadi,
Aku ubah pendirian,
Aku ubah prinsip,
Aku ubah nawaitu,
Aku ubah diri.
Satu persatu.
Perlahan-lahanya.
Setapak demi setapak aku mencari di mana kejayaan.

Bukan mudah untuk mencari cinta kejayaan.
Bukan mudah untuk mengayat kejayaan,
Seperti mana aku selalu mengayat orang.
Aku dekati dengan cara yang lembut.
Aku selami dengan cara yang halus.
Tanpa kenal erti penat lelah jemu.
Aku berusaha tanpa mengira waktu dan masa.

Akhirnya,
Setelah jauhnya aku mendaki mencari cinta kejayaan.
Cinta kejayaan itu dapat juga aku dakap.
Seeratnya.
Aku bahagia mendapat cinta kejayaan.
Aku bersujud syukur.
Aku mengucap syukur.
Aku dapat semua ini atas berkat Yang Maha Esa.
Dia yang memberi rezeki kepada hambaNYA.
Dia yang menentukan bila dan waktunya.
Kini,
Aku harus mempertahankan diri.
Aku harus sentiasa bersujud keranaNYA,
Supaya aku tidak lupa akan suruhanNYA.

Pucuk pangkalnya,
Kejayaan itu akan kita kecapi,
Bila kita tidak lupa pada yang Ilahi,
Bila kita selalu sentiasa berdoa meminta-minta petunjuNYA,
Bila kita melakukan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.



p/s: untuk sahabat yang dahulunya gagal, tetapi kini berjaya atas usahanya.


No comments:

Post a Comment