Friday, August 2, 2013

Dugaan Apa Lagi Ini ?

Ya Allah,
Dugaan apakah yang kau berikan lagi ?
Aku bukanlah hendak mengeluh, merungut dengan dugaanMU.
Tapi aku rasa tidak kuat dugaanMu ini.
Tapi aku tahu,
Engkau sedang menguji aku.
Sedang menguji keimananku.
Sedang menguji kesabaranku.

Aku tahu,
Engkau tidak akan menguji hambaMU yang tidak kuat.
Mungkin perasaan aku yang mengatakan aku tidak kuat.
Tapi yang hakikatnya aku kuat untuk menghadapi dugaanmu.

Ya Allah,
Air mata ku ini sering mengalir kerana dugaanMU.
Aku cuba untuk menjadi kuat,
Aku cuba untuk menjadi tabah,
Aku cuba untuk tetap bertahan,
Tapi hatiku terlalu lembut,
Terlalu terasa,
Terlalu tersentap.

Ya Allah,
Mungkin ada salahnya aku kenapa dugaan ini datang kepada aku.
Mungkin aku ada lupa akan suruhanMU.
Mungkin aku ada melakukan laranganMU.

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosaku.
Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku,
Ampunkanlah dosa-dosa sahabat handaiku,
Ampunkanlah dosa-dosa saudara seislamku.
Ampunkanlah dosa-dosa kami.

Kami adalah hambaMU yang sering lupa akan suruhanMU,
Yang sering melakukan laranganMU,
Sama ada sedar atau tidak sedar.

Ya Allah,
Aku mohon dariMU,
Aku merayu dariMU,
Aku meminta dariMU,
Berikanlah aku kekuatan iman,
Berikanlah aku kekuatan kesabaran,
Berikanlah aku kekuatan jiwa,
Berikanlah aku kekuatan rohani,
Berikanlah aku kekuatan mental,
Berikanlah aku kekuatan fizikal.

Izinkan aku untuk menempuhi dugaanMU ini,
Izinkan aku untuk menempuhinya sebelum aku pergi,
Izinkan aku untuk menempuhinya dengan tabahnya.
Izinkan lah aku untuk terus mengalirkan air mata ini hanya untukMU,
Hanya untuk penyesalan atas segala dosa laluku,
Hanya untuk rezeki yang telah kau berikan untukku,
Hanya untuk kesyukuran dengan atas segala nikmat yang kau berikan.

Ya Allah,
Permudahkan urusanku,
Permudahkan niawaituku,
Permudahkan semuanya.

Sesungguhnya,
Aku adalah hambaMU yang paling hina disisiMU,
Yang kadang-kalanya cuai atas kelalaianku,
Yang sangat mudah tersentap dengan dugaanMU,
Yang sangat mudah mengalir air mata kerana kelemahanku.

Aku hanya minta satu.
Kuatkan Iman ku Ya Allah.
Daripada Iman,
aku dapat menjaga hatiku ini,
Yang sering terguris,
Yang sering terluka,
Yang sering terobek,
Atas perbuatan,
Atas percakapan,
Dari seseorang yang juga hambaMU.

Lindungilah keluarga aku dari segala keburukan,
Daripada segala kejahatan.

Amin amin amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment