Friday, August 23, 2013

Tanggapan Orang

Assalammualaikum. Makin lama, makin terasa hati aku dengan ramai orang. Dengan kawan, dengan orang sekeliling, dengan keluarga. Kalau terasa hati dengan kawan mungkin aku boleh berfikiran positif lumrah dalam sebuah persahabatan ada terasa hati dengan kawan sendiri. Tapi kadang-kadang sakit juga hati bila dipendam-pendam. Biarlah hati ni terus bertahan. Dengan orang sekeliling. Sikit-sikit aku terasa hati. Kadang-kadang aku tak layankan sangat terasa hati ni. Mungkin orang hanya bergurau atau kita sendiri yang terasa. Tapi yang paling aku terasa hati tadi bila ada orang membodohkan orang yang tak jawab salam. Hm. Aku tak faham. Harus ke membodohkan orang yang tak jawab salam ? Sedangkan dia bagi salam pun dengan cara mempersendakan salam. Faham? tak faham, fahamkan apa maksud tersiratnya. Jadi, aku update tweet di twitter dengan meluahkan apa yang aku rasa. Apa pandangan aku. Apa tanggapan aku. Kenapa? Itu hak aku. Aku pun ada hak untuk bersuara. Siapa yang boleh halang ? Sedangkan aku boleh mendengar dan cuma menerima pelbagai pendapat, kenapa sampai aku ada yang tak boleh terima pendapat aku? Rileks. Jangan terasa hati. Aku cuba untuk berkias. Dipendekkan cerita, aku unmention dengan seorang senior tempat aku belajar. Mungkin dia terasa dengan apa yang aku tweet. Mungkin tweet yang aku ceritakan itu adalah kawan-kawan dia. Jadi, dia berhak untuk mempertahankan kawan dia. Aku tak halang. Aku terima. Kami berbalas unmention. Cuba untuk memperedakan keadaan. Ya. Mereka memang nakal. Tapi tak semua jahat. Cuma aku sahaja yang terasa. Sebab aku tak biasa. Aku tak pernah jumpa orang sebegitu. Aku tak selesa. Itu sahaja. Niat aku cuma hanya untuk menghormati senior dan orang yang lebih tua daripada aku. Sebab aku sudah di didik dari kecil untuk menghormati semua orang, menghormati pendapat semua orang, menghormati tanggapan orang. Jadi, mohon jangan judge aku dengan melulunya. Aku pun tak sengaja untuk menilai orang dengan sebegitu. Maafkan aku. Aku tak reti buat jahat dengan orang. Aku tak reti nak mulakan dengan kurang hajar dengan orang. Jenis aku, orang cakap baik dengan aku, aku layan dia baik dua kali ganda. Orang hormat aku, aku dua kali ganda hormat orang. Tapi bila orang tak hormat aku, aku jadi tak selesa. Aku jadi tak biasa. Nanti mulalah aku jadi orang yang tak senyum pada orang.  Sebab aku tak suka orang tak suka aku. AKu nak orang selesa dengan aku. Walaupun aku ada kekurangannya. Walaupun aku ada kelemahan diri yang membuat orang tak selesa dengan aku. Tapi aku mohon, kalau tak suka pada aku, jangan tunjuk depan aku. Nanti aku akan memendam rasa. Aku akan hilang hormat pada orang. Sejak aku sambung belajar. Aku kena bijak menilai orang, aku kena bijak mentafsir sikap orang. Aku nak berbuat baik dengan semua orang. Aku bukanlah seorang pendendam. Aku bukanlah seorang yang sombong. Tapi aku adalah aku. Aku taknak jadi diri orang lain. Kenali aku. Baru tahu siapa aku. Orang yang kenal dengan aku 2tahun pun masih tak mengenali siapa aku yang sebenarnya. Dan aku bukanlah orang yang suka berkawan dengan sesuka hatinya. AKu masih ada pendirian dan harga diri. Aku agak berbeza. Dalam diri aku lain dari luaran diri aku. Luaran diri aku apa yang orang nampak, tapi tak sama dengan dalam diri aku apa yang orang tak nampak. Akal aku sentiasa berfikir-fikir melihat orang. Maaf andai terasa. Maaf anda terguris. Tak ada niat untuk menyakitkan hati. Tapi aku taknak orang salah faham dengan aku. AKu masih mampu berdiam. :)

No comments:

Post a Comment