Monday, October 22, 2012

Pengalaman dan Pedoman

Sekiranya ketika kita sedang beristirehat seseorang datang ke arah kita untuk menjual buku nota. Haruslah kita beli dengan seikhlas sehati kita. Ambil lah buku nota itu. Sememangnya buku nota itu akan menyelamatkan kita daripada segala kekeliruan,kekecewaan, dan keseksaan. Berkemungkinan buku nota yang kita beli dengan keikhlasan hati itu akan membawa kita kedunia yang sangat berbeza. Dunia yang mengubahkan cara kehidupan kita. Coretkan segala cerita indah di dalam buku nota itu. Dan jangan biarkan buku nota itu terlepas di tangan orang yang salah. Sekiranya buku nota itu terlepas ke tangan orang lain maka ada tangan yang kotor akan mereka-reka cerita di dalam buku nota itu. Jadi, keindahan yang kita lalui dalam dunia baru dan apa yang kita coretkan di dalam buku nota itu akan mengubah segalanya. Dalam dunia baru, kita harus berwaspada selalu. Jangan terlalu mengikut kata hati, haruslah berfikir rasional sebelum membuat keputusan supaya tiada penyesalan yang akan kita alami bila tiba masa akan datang.

Kadang-kala kita tidak sedar tentang orang sekeliling kita. Kadang-kala kita terlalu bersikap individualistik, egoistik, dan materialistik tanpa kita sedar. Dan tanpa kita sedar juga ada orang sekeliling kita yang memerhatikan tingkah-laku kita. Sekali kita tersilap melakukan kesilapan, orang sekeliling kita juga akan memberi hukuman walaupun salah kita hanyalah sebesar zarah. Orang sekeliling kita hanya pandai menghukum dan menunding jari sahaja. Tetapi mereka tidak pernah memikirkan bagaimana cara untuk menyelamatkan kita daripada terus terjerumus ke kancah penghinaan dan permasalahan.

Setiap manusia pernah berangan dan mengimpikan sesuatu yang indah dalam kehidupan. Begitu juga diri kita. Kadang-kala kita terlalu merancang supaya angan-angan dan impian kita menjadi kenyaatan sehingga kita lupa bahawa DIA yang mengatur segalanya. DIA juga yang menentukan adakah itu yang layak untuk kita atau tidak. Hanya DIA yang tahu mana yang terbaik untuk kita. Kita hanyalah perlu berfikir secara terbuka dan berfikir apa yang akan terjadi sekiranya kita mengambil keputusan seperti itu. Berfikir ke depan boleh kita lakukan untuk keselamatan diri kita sendiri. Tapi janganlah terlalu meramal apa yang berlaku pada masa hadapan kerana takut ia akan menjejaskan keyakinan diri kita sendiri.

Kalau kita sudah dapat kristal yang sangat bernilai harganya, maka jagalah sebaik mungkin kristal itu. Jangan biarkan orang lain yang menyentuh kristal itu. Jangan biarkan tangan kotor yang mengotorkan kristal itu. Dan jangan biarkan kristal itu jatuh dan akhirnya pecah. Sekiranya kristal itu sudah pecah bukan mudah untuk mendapatkan pengganti kristal yang baru. 

Orang selalu kata, kadang-kala kita tidak sedar ada orang yang lebih menyanyangi kita. Sebenarnya kita sendiri boleh sedar ada orang yang lebih menyanyangi diri kita. Cuma ada sesuatu yang menjadi penghalang untuk kita berasa yakin dengan kejujuran dan keikhlasan seseorang itu menjaga dan menyayangi diri kita. Bukan mudah untuk membaca pemikiran seseorang, lagi-lagi berkaitan tentang hati.Hanya insan bertuah sahaja yang boleh membaca kata hati kita. Dan insan itu semestinya orang yang selalu bersama kita. Yang memahami diri kita. 

Siapa yang dalam dunia ini tidak mempunyai masalah? Semua manusia dalam dunia ini ada masalah sendiri. Cuma kita sendiri yang tahu atau tidak tahu bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah itu. Masalah kita dengan masalah orang lain tidak akan pernah sama. Tidak akan. Sebab semua manusia mempunyai perbezaan pemikiran dan pendirian diri. Kotak fikiran kita tidak akan pernah sama dengan kotak fikiran orang lain. Pandangan setiap orang juga berbeza-beza. Ada sesetengah orang yang akan menyelesaikan masalah mereka dengan kekerasan. Ada juga yang menyelesaikan masalah dengan tenang dan penuh kesabaran. Tidak semestinya menyelesaikan masalah dengan kekerasan itu bermakna diri kita tidak pandai menyelesaikan masalah. Kadang-kala kekerasan itu juga yang memudahkan kita untuk menyelesaikan masalah. Dan tidak semestinya menyelesaikan masalah dengan tenang dan penuh kesabaran itu masalah akan selesai. Kadang-kala ketenangan dan kesabaran itu juga yang betul-2 menguji kekuatan iman kita sendiri. Sekiranya iman kita tidak mampu menyelesaikan dengan cara yang betul. Maka, akan datang masalah yang lain. Dan masalah itu akan terus bertimbun.

Jika kita diberi dua pilihan. Janganlah pilih salah satu. Kerana sekiranya kita memilih salah satu, pasti akan ada yang berasa terpinggir dan kecewa. Sekirnya kita terdesak untuk membuat keputusan, jangan biarkan kata hati terus menghasut diri kita. Benarkan akal dan fikiran kita untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan kita. Selalunya kalau kita terlalu mengikut kata hati, suatu hari nanti penyesalan yang akan kita alami.Jadi, buat keputusan untuk jangka masa yang panjang. Bukannya jangka masa yang pendek.

Kadang-kala manusia ini hanya pandai menilai seseorang hanya pada luaran sahaja. Mulut mereka kata mereka memahami isi dalaman kita. Tetapi sebenarnya tidak. Setiap apa yang mereka kata mereka memahami isi dalaman kita semua itu meleset. Mata kasar mereka hanya melihat pada luaran. Mata kasar mereka tidak mampu menembusi pada dalaman. Hanya diri kita sahaja yang tahu tentang dalaman kita yang rasa. Dan hanya diri kita sahaja yang tahu tentang segala rahsia diri kita. Jadi, jangan menilai seseorang pada keriangan luaran sahaja. Dan jangan membuat spekulasi sendiri dan menyebarkan fitnah kepada orang lain. Luaran bukanlah segalanya. Luaran yang pandangan sahaja. Tetapi dalaman diri seseorang perlu kita selami sedalamnya. 

Sedar atau tidak dalam hidup kita ini pasti ada satu kesilapan paling besar yang akan kita lakukan. Dan kesilapan itu akan menghantui diri kita dan menjadi penghalang untuk kita terus bersemangat. Kesilapan itu juga akan membuat kita rasa terlalu merendah diri. Bukan mudah untuk kita melupakan kesilapan yang pernah kita lakukan. Tetapi ambilah sebagai pendoman dalam hidup kita agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama dan kesilapan yang lain. 

Jangan memaksa diri kita untuk membuat keputusan yang mengaitkan orang lain. Kerana terpaksa itu akan menipu diri kita sendiri. Ada juga insan yang terpaksa itu melakukan demi kebahagiaan orang lain. Mungkin insan itu terikat dengan sesuatu. Sesuatu yang tidak boleh dia melepaskan diri dia. Tapi, percayalah terpaksa itu sebenarnya menyeksakan diri kita sendiri. Kita seperti menipu ramai orang tentang kebenaran yang sebenarnya. Kita seperti merahsiakan sesuatu yang sepatutnya orang lain mengetahui. 




Original daripada Nur'Atiqa Bt Baderol Hisham.<3

No comments:

Post a Comment