Thursday, July 12, 2012

Pengorbanan air mata seorang Wanita.

Apabila Wanita Menangis.

Pernakah anda tertanya-tanya kenapa seorang
perempuan menangis kerana seorang lelaki.

Mungkin sebab dah terbiasa dengan auta
bahawa perempuan memang suka menangis.

Seorang perempuan tidak akan menangis dengan mudah
tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda.

Dia mula merendahkan egonya untuk anda
semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
apabila dia menangis kerana anda,
pandanglah matanya.

Bolehkah anda rasa apa yang dia rasa?
Pernahkah anda cuba memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan.

Berbaloikah dia menangis di hadapan anda,
hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
dia menangis,

Kerana dia tidak mampu untuk menangis didalam hati,
kesedihan yang dirasainya menjadi 
semakin berat untuk disimpan.

Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda.

Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali
dimana silapnya anda,
kerana hanya anda yang tahu jawapanya.

Fikirkan,
kerana suatu hari nanti,

Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
atau terlambat untuk mengucapkan "maafkan saya.."

kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.


Beradalah disisi dia,
menemani dia kerana dialah yang akan setia
dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.

Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta
anda kepada seorang perempuan.

Sebelum anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana hanya anda akan membuatkan si dia menangis dan sengsara.

Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura
melupakan cinta lamanya tertutama cinta pertamanya.

tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.

hargailah wanita yang tulus mencintai anda.




Salinan di youtube : Bila Wanita Menangis.

No comments:

Post a Comment