Saturday, March 3, 2012

Sajak orang gagal

Aku gagal berkata
sewaktu hutan diganasi wang

Aku gagal menulis
sewaktu rakyat menangis

Sewaktu aku menulis
aku gagal mendesak
bahawa kataku penting

Aku gagal menegur teman sepejabat
yang jarang ke tugasan,
tapi hanya merintih sendiri

aku gagal
membentuk pegawai bengkok
sewaktu dia tidur meringkuk

Ini semua kegagalanku.
tapi kuasa dan berita diatur begitu.

dan aku gagal melawan
aturan yang membekukan.

No comments:

Post a Comment