Friday, March 2, 2012

Dunia Palestin

Negaraku dibedil sejarah
dan dipancung penjajah.

Negaraku berbau arang sejarah
dan simen yang dipecahkan Israel di malam hari.
Negaraku berbau pelimbahan
yang tidak tahu arah alirnya.

Negaraku berbau hancing kemiskinan
dan panas yang dikeringkan kebosanan.
di batas jauh
deria menangkap kenyataan
hanyir menitik dalam kesedaran
dan daging tetangga membusuk
di tepi tembok rumah.

Semuanya menyerang mata dan hidup
keganasan meletup di biji mataku
tiada masa dan ruang depan
untuk ku lihat lagi,
tapi aku haru berdiri memantau
negara leluhurku.

Apakah yang kami punya selain
longgokan konkrit yang
meruntuh di atas teriakan kematian.
tapi kami harus mendengar jeritan itu
kerana dalam jeritan ada sejarah tua,
ada tanah moyang dan milik purba.

Kalau aku mati,
aku mati kerana keadilan.

No comments:

Post a Comment