Sahabat,
mohonlah keampunan kepada Allah daripada segala dosa yang telah kita lakukan.
Sama-samalah kita beristighfar memohon keampunanNya.
Moga-moga diampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu.
Ya Allah,
Aku memohon keampunan daripadaMu.
Memohon ampun daripada dosa-dosaku yang telah aku lakukan sama ada dalam sedar atau tidak.
Aku lalai Ya Allah,
Aku lupakan untuk mengingatimu walau untuk seketika.
Aku lebih banyak bergelak ketawa bersama teman-teman.
Malah jarang sekali untuk aku mengingati mati.
Sedangkan aku tahu bahawa mati itu akan mendekatkan diriku kepadaMu.
"Hambaku yang menyombongkan diri terhadapku dengan berbagai kemegahan,
padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka.
Aku yang menciptakan namun yang disembah selainku.
Aku yang memberi rezeki namun selainku yang disyukuri.
Kebaikanku sentiasa turun kepada para hamba,
tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaku.
Aku mencintai mereka dengan memberikan nikmat-nikmatku.
Aku mencintai mereka dengan memberikan nikmat-nikmatku.
Sedangkan aku tidak memerlukan mereka.
Mereka memancing kemurkaanKu,
dengan berbagai kemaksiatan,
padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaKu.
Mereka memancing kemurkaanKu,
dengan berbagai kemaksiatan,
padahal mereka adalah yang paling perlu kepadaKu.
Sesiapa yang datang kepadaku maka ia akan ku jemput dari kejauhan.
Sesiapa yang berpaling dariku,
akan ku memanggilnya dari kejauhan.
Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi aku,
akan ku berikan kepadanya lebih dari cukup.
Sesiapa yang menginginkan keredhaan ku,
aku pun menginginkan apa yang diinginkannya.
Orang yang mengerjakan maksiat,
tidak akan ku buat mereka berputus asa dari rahmatku.
Jika mereka bertaubat kepadaku,
maka aku akan menjadi kekasih mereka,
kerana aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.
No comments:
Post a Comment