Apa maksud entry aku kali ni ? Kesempurnaan ? Kesempurnaan tentang apa ? Peliknya kan ? Haihh ,
Apa yang korang tau dengan maksud kesempurnaan ? Macam-macam boleh dimaksudkan .
Kesempurnaan hubungan, kesempurnaan seseorang, kesempurnaan diri . Apa lagi ye ?
So, jangan terlalu mencari kesempurnaan diri , kesempurnaan seseorang . Kita sepatutnya terima seseorang itu dengan seadanya . Tapi kalau orang tu tak boleh terima dengan kekurangan seseorang kita harus mencari kelebihan tentang dirinya . Macam kita sendiri tahu . Manusia tak kan pernah sempurna . Sampai bila pun tak kan pernah sempurna . Aku sendiri mengaku aku ada kekurangan sendiri , kelemahan sendiri . Seriously, aku ni jenis tak boleh orang buat aku marah , nanti mulalah , semua orang aku nak marah . Sampai ada antara orang yang rapat dengan aku pun jadi mangsa kemarahan aku . Menyesal pun ada lepas marah . Tapi bila dah lepaskan kemarahan tu , aku rasa tenang . Ringan sikit beban aku nak menanggung sakit hati . Bagi aku , daripada aku pendam pendam , makin lah aku cepat dapat penyakit hati. See, aku mengaku aku tak sempurna. Sebab aku sedar dengan kelemahan dan kekurangan aku sendiri . Untuk apa kita nak banggakan dengan kelebihan yang kita ada ? Tu dah namanya RIAK. Ingat ! KITA TAK AKAN JADI PALING SEMPURNA DIMATA ORANG LAIN ! Kalau kita ada kelebihan pada fizikal ,rupa, mentaliti yang superb jangan nak bangga sangat . Nak buat ape di kejar HOT tu ? Tak akan kemana . Janganlah sampai nak dengki dengan orang lain . Kita boleh nak cemburu dengan orang . Asalkan cemburu tu tidak membawa kepada keburukan . Cemburulah untuk bersaing. Bersaing yang baik-baik jeh tau . Tak payah nak bersaing siapa paling cantik, rupa kita tetap sama . Tak akan berubah . Melainkan di ubah.
Kita pun tak boleh carik orang yang terlalu sempurna . Walaupun orang tu ada banyak kelebihan dan bonus untuk diri dia , dia tetap tak sempurna . Dia jugak tetap ada kelemahan . Kadang-kadang manusia ni tak sedar apa yang dia lakukan . Bila dah buat baru rasa bersalah , menyesal , sedih . Time tu baru ingat Allah . Betul tak ? So, kesempurnaan seseorang itu bukanlah keutamaan . Tapi hati , keikhlasan, kejujuran, itu yang utama untuk menilai seseorang . Bak kata Dato Fadhilah Kamsah " Jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa, apabila dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Dan sekiranya kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan terus sehingga ke akhirnya" .
Lebih baik menjadi diri sendiri daripada menjadi orang lain.
Lebih baik menjadi diri sendiri daripada menjadi orang lain.
No comments:
Post a Comment