Sunday, July 23, 2017

Allah Pasti Ada

Dalam usia aku semakin meningkat. Satu benda yang selalu aku pegang dan sampai bila pun aku akan percaya. Aku percaya Allah akan ada sentiasa untuk hamba hambaNya. Mungkin dari kecil mak ayah aku dah didik aku dengan percaya dengan Allah. Kadang tu aku terfikir, kenapa sewaktu aku remaja masih usia perksekolahan, kenapa aku selalu membuat dosa. Sampai ke hari ni aku masih berfikir. Tapi Alhamdulillah, aku masih lagi ingat dengan janji janji Allah kepada hambaNya. Walaupun aku masih dalam melangkah ke arahNya kembali.

Setiap apa yang aku buat, setiap apa yang aku minta, aku akan serah segalanya kepada Allah. Itu yang selalu aku amalkan sekarang. Mak ayah selalu pesan, percaya dengan rezeki Allah. Allah akan bagi dengan keizinanNya. Setiap kali aku risaukan pasal pelajaran, ayah aku selalu pesan, kalau Allah tak bagi mungkin ada hikmah Nya. Mungkin Allah nak bg benda lain yang lg baik untuk ika. Aku percaya. Allah akan bagi dengan atas usaha dan doa kia untuk dia. Itu yang selalu aku amalkan.

Ustaz aku penah cakap, sebanyak mana kita memberi kepada orang lain dengan niat membantu demi kerana pahala dari Allah, Allah pasti akan menjaga kita. Aku percaya dengan setiap takdir Allah. Dan sekarang aku nak amalkan setiap yang berlaku adalah kerana Allah yang mengizinkanNya.

Aku percaya pada sedekah. Selagi kita bersedekah tidak kira manusia mahupun binatang, Allah pasti akan memberi rezeki kepada kita. Aku sangat sangat mempercayai dengan rezeki Allah. Aku tidak lah sempurna, solat aku masih juga tidak menentu. Tapi berdoa supaya Allah berikan aku kekuatan untuk teguhkan lagi iman aku.

Berkenanan dengan amarah. Alhamdulillah, aku bukan seperti dulu lagi. Yang suka marah tanpa sebab, tanpa soal periksa, tanpa memikirkan perasaan orang lain. Alhamdulillah, Allah memberikan aku hidayah, Allah suntikkan rasa sabar dalam hati dan iman aku. Allah dah lembutkan hati aku untuk lebih banyakkan berdiam daripada berkata yang tidak sepatutnya. Semoga Allah terus melindungi aku.

Setiap apa yang kita lakukan, kita katakan berwaspada lah. Takut takut berbalik pada kita. Seandainya, ada orang lain yang cuba ingin menganiaya aku. Sikit aku tidak akan berasa takut. Aku percaya Allah akan sentiasa dengan aku. Sebabnya, ada satu doa yang selalu aku amalkan untuk pelindung diri aku, dan aku sangat sangat percaya dengan ayat yang telah AlLah turunkan. Setiap gerak geri aku semoga Allah melindungj aku dan kedua ibu bapa ku daripada orang orang yang cuba menganiaya kami. Semoga Allah memberikan mereka hidayah yang cukup kuat untuk mereka ingat bahawasanya Allah lebih berkuasa daripada kuasa manusia.

Percayalah pada Allah, sesungguhnya Allah yang perancang yang terbaik untuk kita. Amin

No comments:

Post a Comment