Saturday, September 13, 2014

13 SEPTEMBER

13 September 2010

Aku kehilangan seorang sahabat. Arwah Aziera Rubaie. Meninggal kerana terlibat dalam kemalangan. Rasa terkilan. Rasa sebak. Semua perasaan bercampur baur bila aku dapat berita pemergian dia. Bila dia tak ada, betul-betul rasa kehilangan. Tapi arwah aziera dah pergi 4 tahun lalu.

Aku nak cerita 13 September 2014. Hari ini. Aku dapat berita sahabat sekelas aku Irsyaduddin di kolej meninggal dunia. Punca aku tak tahu. Yang aku tahu, dia pengsan masa main futsal, dan di bawa ke klinik, dokter sahkan dah meninggal dunia. Perasaan yang sama aku rasa masa arwah Aziera meninggal dulu. Sedih sayu. Cuma dulu aku tak dapat jenguk jenazah arwah aziera. Sekarang aku dapat jenguk jenazah arwah Irsyad. Lega. Paling sayu bila aku tengok mak arwah Irsyad peluk cium dia. Menangis. Aku sedih. Status whatsapp Irsyad pun dia tulis " Ingat daku dalam doamu ".

Mati itu pasti.
Kita diberi nyawa.
Dan nyawa itu bukan miliki kita.
Nyawa kita milik Yang Maha Esa.

Dia mencipta.
Dan dia juga mematikannya.
Siapa kita pada dia?
Hanyalah hamba.
DIA lah tuhan kita yang satu.
ALLAH. ALLAH. ALLAH.


No comments:

Post a Comment