Wednesday, March 19, 2014

KepercayaanNYA

Malam yang semakin kelam,
Hujan turun membasahi bumi,
Guruh berlawan bunyi,
Ya, bumi dahagakan air langit.

Aku duduk bersendirian,
Dibawah pondok wakaf,
Sambil menggenggam jari,
Mataku menunduk.
Takut akan dentuman guruh.

Air mata aku mengalir,
Tanpa aku sedari,
Aku teringat akan emak dan ayah.
Tika aku takut,
Merekalah pemberi semangat,
untuk aku bangkit semula.

Aku cintakan mereka,
Sepenuh hati.

Aku terfikir sejenak,
bagaimana hidup mereka 
yang tanpa ibu dan ayah
Siapa pemberi semangat mereka?

Bagaimana mereka bangun
setelah mereka jatuh tersungkur ?

Allahu,
Aku lupa,
Aku lupa bahawa pemberi semangat 
adalah daripada Yang Esa.
Dia yang menghidup dan mematikan setiap umatnya.

Mereka yang tanpa ibu dan ayah,
Mempunyai Allah Yang Maha Esa.
Allah sentiasa berada disisi mereka,
dan juga setiap umatnya.

Aku percaya,
roh semangat bila kita 
percaya akan kewujudanNYA,
percaya akan keagunganNYA,
percaya akan qada dan qadar.

Allah akan membantu setiap umatnya,
aku yakin.
Dan aku percaya akan setiap dugaan,
pasti akan ada kebahagiaan,

No comments:

Post a Comment