Sunday, June 23, 2013

Perubahan

Hati.
Kau memang busuk.
Kau memang kotor.
Kenapa kau selalu berhasad dengki?
Kenapa kau mempunyai sikap dendam?
Dendam amarah yang sudah lama terpendam.

Iman.
Kau memang lemah.
Kau memang lembik.
Kenapa kau tidak kuat?
Kenapa kau tidak tabah?
Ketabahan iman itu penting untuk aku.

Hati berkata:-
Aku busuk dan kotor kerana iman kau lemah.
Aku tidak memilih untuk berhasad dengki.
Tetapi iman kau goyah.
Lemah.
Layu.
Dendam itu muncul apabila aku memendam amarah.
Amarah punca dendam aku muncul.
Kenapa tak tanya iman ?

Aku termangu.
Aku bingung.
Aku pening.

Iman berkata:-
Aku lemah kerana kau.!
Kau yang tidak menerapkan
ayat-ayat suci Al-quran dalam hidup kau!
Aku lembik kerana kau !
Kau langsung tidak menganggap aku ini wujud !
Iman penting untuk semua umat islam.
Termasuk kau !
Kau mengabaikan aku.
Aku tidak tabah kerana kau !
Ketabahan aku muncul bila kau sendiri untuk terus tabah.
Kau yang mengendalikan aku dan hati.
Kenapa kau persoalkan tentang kami ?!
Tanya akal kau.
Apa yang kau telah lakukan kepada aku.

Kenapa dengan aku ?
Aku kah yang bersalah?
Kenapa aku tidak sedar ?
Kenapa selama ini aku terlalu taksub ?
Aku sudah melemahkan Iman.
Aku sudah merosakkan hati.

Kini aku sedar.
Iman dan hati amat diperlukan untuk semua umat islam.
Tanpa iman, hati yang akan membusuk.
Tanpa hati, iman tidak akan tabah.

Ya Allah,
terimalah perubahan ku walaupun dalam jangka panjang.
Aku ingin menghayati sesuatu perkara yang tidak pernah aku ketahui.
Aku ingin merasa keindahan iman.
Aku ingin merasa keistimewaan yang Kau beri.
Jangan kau sekatkan niat aku ini.
Bukan aku sahaja.
Tetapi kepada semua yang ingin melakukan perubahan.
Perubahan hanya keranaMU.
Permudahkanlah perubahan aku dan hamba-hambaMU.
Sesungguhnya Engkau yang maha pengampun lagi maha mengetahui.



p/s: Perubahan dalam jangka masa panjang lebih baik daripada perubahan dalam jangka masa pendek.

Hak Milik IkaaChupaa

No comments:

Post a Comment