Saturday, November 24, 2012

Permulaan, Pertengahan dan Pengakhiran.

Setiap permulaan ada pertemuannya,
Setiap pertengahan ada penceritaannya,
Setiap pengakhiran ada perpisahannya.

Lebih baik kita kekal dipertengahan,
Supaya kita sedar akan keindahan permulaan,
dan pengakhiran yang belum kita pasti keadaannya.

Keindahan permulaan itu akan kekal,
sekiranya kita pandai mengawal segala situasi,
supaya diri kita tidak dikawal dengan perasaan lain.

Apabila sudah mencapai tahap permulaan,
kita akan mempelajari sesuatu.
Apabila kita sudah mencapai tahap pertengahan.
kita akan menjadi lebih matang,
Apabila kita sudah mencapai tahap pengakhiran,
kita akan mempelajari cara mengendali kematangan.

Disetiap permulaan mengajar kita erti pengorbanan,
Disetiap pertengahan mengajar kita erti kekuatan,
Disetiap pengakhiran mengajar kita erti keredhaan.

Dan disetiap permulaan,pertengahan dan pengakhiran,
merupakan titik permulaan sesebuah hubungan,
tanpa ada permulaan tidak akan ada pertemuan,
tanpa ada pertengahan tidak akan ada penceritaan,
tanpa ada pengakhiran tidak akan ada perpisahan.

Permulaan,
Pertengahan,
Pengakhiran,
menyedarkan kita erti kehidupan.
Hidup kita seperti roda,
yang sentiasa berpusing,
untuk mencari jalan yang lurus.


  Original from IkaaChupaa

No comments:

Post a Comment