Wednesday, March 7, 2012

"Aku ada untukmu "

Ketika bayu laut menerpa raut
Hati ini tenang dari segala sengketa
Hilang kepiluan
Hilang segala kerungsingan
Deruan ombak kedengaran
Seperti menghasut diri
Aku memberontak
Mengimbas masa lalu

Air mata menitis  sederas mungkin
Jari jemari seorang insan 
mengelus pipi yang basah
Mata terpaku
Hati terpana
Dia berkata"Aku ada untukmu"
Siapakah gerangannya ?
Dari manakah ia muncul?

Tanpa aku sepatah kata
Dia pergi menghilang
Aku terkesima 
Dari alam mimpi 
Siapakah gerangannya ?
Mengapa ia muncul dalam 
mimpi kayanganku ?
Ahhhh !
Pedulikan kebingunganmu

Keesokan waktunya
Saat berganti minit
Minit berganti jam
Aku masih kebingungan
Apakah maksud di sebalik 
segala mimpi kayanganku?
Petanda burukah?
Petanda baikkah?
Lamunanku terhenti
Ketika memandang seraut wajah
Yang suci

Apa benar mataku ini?
Apa benar kelihatanku ini?
Apa benar pandanganku ini?
Adakah Dia yang ghaib
dari mimpiku?
Ya ! Benar !
Dia lah gerangannya.
Tapi apakah panggilannya?
Mataku tidak berhenti 
Merenung tajam memikirkan
Segala kebingungan

Hari berganti hari
Setelah aku mengenali Dia
Aku mula menyenangi 
Pabila disampingnya
Insan yang tak pernah 
Lekang dek senyuman
Insan yang sentiasa tabah
denga segala dugaan

Aku ingin berkata
tentang mimpi yang ku lalui
Sebelum kemunculan Dia
Tapi sering tergendala
Terpukau dek keriangannya
Sehingga aku lupa segalanya

Setelah tahun berganti tahun
Aku masih belum berkata
Sehingga ketika aku jatuh
Aku menangis
Dia datang menemaniku
Aku merengek
Dia berkata" Aku ada untukmu"
Aku terkesima
Mimpi kayanganku
Terimbau kembali
Kenapa ? Mengapa?

Sehingga cuping telingaku
terdengar satu berita
Berita yang aku kurang pasti ertinya
Selepas aku dapat kepastiannya 
Aku terkedu
Kenapa mesti Dia ?
Aku seperti hilang arah
Sekian lamanya kita
berkongsi rasa
Kenapa mesti kau yang pergi ?
Aku belum puas mengenalimu
Belum sempatku menceritakan 
mimpi kayanganku
Kenapa Kau ghaib seperti 
dalam mimpiku?

Tapi aku redha
Allah lebih mengetahuinya
Sudah tertulis di Luh Mahfuz
Hakikat tetap hakikat
Kenangan hanya kenangan
Kita tidak mampu mengubah segalanya


P/S: Al-Fatihah buat Arwah Nur Aziera Bt Rubaie . 19/08/1995 -13/09/2010

ORGINAL FROM IKAA

1 comment: