Tuesday, February 14, 2012

PETUA ? 6 petua aku bagi ada :D

Semua orang nak cantik kan ? Tapi tak boleh secantik mana, sebab kita ni manusia yang tidak akan pernah sempurna disisi Allah . Tapi kita kena ingat jugak, jangan biarkan ia cantik diluaran sahaja, tapi biarlah cantik dalaman sekali. Baru ada jejaka tampan nak kat kita . HAHA .
Jangan tak tau , sekarang kaum adam bukan macam dulu lagi dah . Suka yang lawa dan seksi jeh . Tapi kaum adam sekarang akan lebih tertarik orang yang lawa fizikal dan dalamannya sekali. 

So, entry aku hari ni, aku nak bagi petua bermacam petua untuk kau orang semua. Dalam entry ni petua kesihatan dan kecantikkan sahaja okey !.
Kalau kau orang nak tahu , lelaki bila berpeluh lagi kuat daripada perempuan . Tak payah cakaplah , sebagai contoh budak lelaki kelas aku . Brrrrr, bau yang amaaat :D. Sorry guys . Hee , tapi jangan tak tau pulak perempuan pun ada bau badan yang kurang yang menyenangkan lubang hidung . Aku pernah jugak tanya mak aku kenapa ada setengah perempuan ni berbau . Mak aku cakap , puncanya sebab adalah pemakanan kita sendiri . Mak aku penah jugak cakap siapa yang gila makan bawang dan sawi , badan dia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan bila berpeluh. Dan satu lagi , apabila perempuan datang Haid jugak boleh menyebabkan bau badan . So kepada yang bergelar gadis atau wanita , berjaga-jaga okey . Ambil perhatian pasal semua ni. Agar tak di kutuk belakang oleh kawan-kawan kita .

Petua MENGHILANGKAN BAU BADAN
kau orang percaya tak limau nipis boleh menghilangkan bau badan ? Hah, sekarang kau orang kena percaya jugak . Tak kira , sesiapa yang terasa bau badan dia kurag menyenangkan tu , baik korang ikut petua ni . Caranya adalah seperti ini, potong limau nipis tu ikut suka hati korang untuk memudahkan kau orang nak guna . Lepas tu, kau tenyeh kat bahagia yang selalu berpeluh . TERUTAMA KETIAK ! ingat tu ! ketiak . Kalau kau orang ada masalah bau ketiak kau orang hanya perlu beli HIBKA . ! Mak aku cakap sangat berkesan sebab dia dah buat uji kaji dulu kat anak murid dia. Hahaha , yang pasal limau nipis tu amalkan setiap hari . Insyaallah , masalah bau badan akan berkurang . 

Petua UNTUK MUKA KASAR DAN BERBINTIK-BINTIK HITAM
Hahhh, ni selalunya untuk gadis-gadis remaja yang kulit muka bermasalah . Normal lah, wanita harus mengekalkan kecantikkan dan keistimewaan yang telah Allah berikan . Jangan di ubah-ubah pulak muka tu . Elok-elok dah cantik dah rupa monyet gegirl pulak dah . Hee, bukan nak menghina okey ! So, Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka korang sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah korang. Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam. Selamat mencuba ! ^^

Petua MENGHILANGKAN BULU KETIAK
Boleh ke bulu ketiak hilang ? Hahh, itu aku tak tau . Korang kena cuba dulu . Biasa lah , kalau bagi perempuan yang suka pakai baju singlet singlet ni bila keluar malu lah kan bila tengok bulu ketiak dia ada . So, korang kena cuba cara ini . Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang korang perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi korang dikehendaki mencabut semua bulu ketiak korang.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak korang sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati korang.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh. Hehehe, cuba okey . Aku pun nanti nak cuba jugak lah :D


Petua MENGURANGKAN DENGKUR
Hahaha, ini masalah bagi lelaki . Kebanyakan nya lelaki yang suka tidur berdengkur . Sama macam bapak aku . Hee, tapi jangan ingat perempuan pun tak berdengkur tau . Jadi, aku bagi petua sikit untuk korang . Aku tak tau lah berkesan ke tidak . Sebab aku tidur tak berdengkur. So, korang cuba dulu okey .Caranya, Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur. 

Petua UBATI BIBIR KERING
Bibir kering ni sebab kita kurang minum air kosong . Kadang-kadang bibir aku pun kering jugak , lepas tu tangannya pun gatal nak kopek-2 , bila dah kopek koyak berdarah terus. Jangan ikut perangai aku tau. Hee, So, caranya adalah korang kenal selalu calitkan madu kat bibir korang . Biarkan beberapa minit lepas tu baru minum air kosong. Amalkan selalu. Madu jugak boleh membuatkan bibir kita menjadi menawan dan merah merekah . Awww, tergoda gitu bibir merah ni. Hehe , Selamat mencuba okey !

Petua UNTUK SAKIT GASTRIK
Gastrik ni tak payah cakap lah kan . Mungkin kebanyakan orang ramai yang mengalami sakit gastrik ni . Jadi, cara nak mengubati sakit gastrik ni ,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

No comments:

Post a Comment